Friday , 14 February 2025
Home Nasional Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca sasar 30,000 pengunjung
Nasional

Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca sasar 30,000 pengunjung

Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca sasar 30,000 pengunjung

Foto RTM

KANGAR, 25 Julai-Lebih 30,000 pengunjung disasarkan mengunjungi Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2024 yang dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) yang bermula 24 sehingga 28 Julai ini.

Menurut Pengarah PPANPs, Abd Rahim Husin ,Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca kali ini melibatkan 28 pempamer dari pelbagai syarikal pembekal buku yang menjadi tumpuan pengunjung bagi mendapatkan bahan bacaan.

Selain itu, lebih 100 aktiviti menarik turut berlangsung termasuklah lawatan perpustakaan, pelbagai pertandingan menguji minda, mini zoo, forum, bicara buku. pameran agensi kerajaan dan turut diserikan dengan pelbagai hadiah cabutan bertuah serta jualan makanan dan minuman serta pelbagai produk lain.

Kehadiran pengunjung khususnya dikalangan pelajar sekolah bersama guru-guru serta ahli keluarga membuktikan masyarakat memanfaatkan program galakan membaca yang dilaksanakan perpustakaan selaras dengan slogan Sejenak Ke Perpustakaan, Selautan Ilmu Pengetahuan.

Beliau menyatakannya kepada media pada Pesta Buku Perlis dan Karnival Pembaca 2024 di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis.

Related Articles

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai
Nasional

Lima beranak rentung dalam kebakaran di Umbai

FOTO JBPM MELAKAMELAKA, 13 Februari- Lima beranak ditemui rentung selepas rumah mereka...

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS
Nasional

Banjir Sarawak: Jumlah penduduk terjejas tidak berubah, 262 masih berlindung di PPS

FOTO PKOD BELURUKUCHING, 13 Februari- Jumlah penduduk terjejas banjir yang masih berada...

Pemandu lori kena serangan jantung, maut selepas langgar 4X4
Nasional

Pemandu lori kena serangan jantung, maut selepas langgar 4X4

FOTO HIASANSIBU, 13 Februari- Seorang pemandu lori maut, dipercayai mengalami serangan sakit...

FGV sumbang kelengkapan sekolah kepada pelajar asnaf
Nasional

FGV sumbang kelengkapan sekolah kepada pelajar asnaf

Antara pelajar asnaf dari kawasan sekitar Lembah Klang menerima sumbangan kelengkapan persekolahan...