Home Nasional Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo
Nasional

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo

Pesawah dinasihat tukar tarikh ke Putrajaya, bertindih lawatan Prabowo

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 26 Januari – Kira-kira 1,000 pesawah yang dijangka akan hadir ke Pejabat Perdana Menteri (PMO) pagi esok dinasihatkan untuk menukar tarikh dan waktu kunjungan mereka, kata Ketua Polis Negara.

Tan Sri Razarudin Husain menerusi kenyataan berkata, ini kerana bertindih dengan lawatan rasmi Presiden Republik Indonesia, Prabowo Subianto esok.

Menurut beliau, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat persediaan keselamatan yang rapi bagi memastikan lawatan Presiden Indonesia itu berjalan lancar tanpa sebarang ancaman keselamatan.

“PDRM menghormati hasrat para peserta kunjungan 1,000 pesawah tersebut, namun menasihatkan mereka supaya memilih tarikh dan waktu yang berbeza bagi memastikan penyelarasan tugas keselamatan berjalan dengan lebih sempurna,” katanya.

Menurut beliau lagi, langkah ini bertujuan mengelakkan kesulitan kepada para pesawah yang mungkin terpaksa menjalani prosedur keselamatan yang ketat.

\”…Ini kerana lawatan Presiden Indonesia mendapat status tetamu negara dengan kawalan keselamatan yang dipertingkatkan,\” katanya.

Tambah beliau, aturan keselamatan ini selari dengan tanggungjawab PDRM di bawah Seksyen 3(3) Akta Polis 1967, yang bertujuan memelihara undang-undang, ketenteraman awam, dan keselamatan negara.

PDRM turut menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang ulasan atau spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....