Home Nasional Peruntukan tambahan sehingga RM1 bilion bantu usahawan Kelantan
Nasional

Peruntukan tambahan sehingga RM1 bilion bantu usahawan Kelantan

Peruntukan tambahan sehingga RM1 bilion bantu usahawan Kelantan

Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid

GUA MUSANG, 14 Ogos- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional menyasarkan untuk membantu lebih ramai usahawan di Kelantan dengan peruntukan tambahan sehingga RM1 bilion.

Pengerusi TEKUN Nasional Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, peruntukan berkenaan akan ditambah mengikut keperluan bagi membantu lebih ramai usahawan di negeri itu.

Ia terlibat dalam sektor perniagaan merangkumi bidang peruncitan, perkhidmatan, pembuatan, kontraktor kecil, pertanian dan perusahaan tani.

\”Ini permulaan separuh tahun, kalau ada penambahan kita akan mohon RM48 juta di Kelantan. Itu yang disasarkan dan ia telah dimaklumkan kepada pengurus negeri.

\”Sekiranya memerlukan tambahan ia akan ditambah, dan ia disasarkan hampir RM100 untuk negeri Kelantan keseluruhannya,\” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu konti Kelantanfm di Sungai Asap B, di sini.

Sehingga Julai lalu, TEKUN Nasional telah menyalurkan hampir RM40 juta kepada 2,182 usahawan di seluruh Kelantan termasuk RM2.15 juta kepada 102 usahawan di parlimen Gua Musang.

Ia sekali gus membuktikan agensi itu sememangnya komited dalam membantu usahawan dengan permohonan yang sangat mudah.

Antara pembiayaan ditawarkan ialah Skim Pembiayaan TEKUN Niaga, Teman TEKUN, Temanita, Kontrak-I, Skim Pembiayaan Usahawan Masyarakat India dan Program Dana Khas.

Selain itu, bawah Skim Pembiayaan Peluang Kedua, pihaknya turut membantu bekas banduan dan pelatih Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memulakan kehidupan baru dengan mengusahakan perniagaan susulan dari kursus yang telah dipelajari sepanjang berada di penjara.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....