Home Nasional Peruntukan RM50 juta untuk Celik MADANI – Anwar
Nasional

Peruntukan RM50 juta untuk Celik MADANI – Anwar

Peruntukan RM50 juta untuk Celik MADANI – Anwar

Foto BERNAMA

SHAH ALAM, 22 Ogos- Sebanyak RM50 juta diperuntukkan bagi inisiatif CELIK MADANI: Celik Kewangan Belia MADANI untuk tempohlima tahun.

Inisiatif itu yang menyasarkanpendaftaran 200,000 pelajar setahun melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk vokasional.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim inisiatif itu diperkenalkan bagi meningkatkan celik kewangan dalam kalangan pelajar, sekali gus menjadiplatform pelaburan untuk masa depan.

\”Dimulakan cara yang realistik yang praktikal, diperkenalkan semua IPTA.. dikembangkan sedikit ke politeknik, vokasional kerana bukan sahaja memberikan dana awal daftar ke universiti atau di kolej terus dimasukkan RM50.. untuk mengalakkan tambah sedikit-sedikit dan disimpan lima tahun tak boleh dikeluarkan.

\”Ini disebut kecelikan kewangan, literasi kewangan ini pelaburan kerana kadang-kadang kita anggap remeh hal-hal yang sedemikian.. mustahil kalau dimasukkan RM50 kita tak boleh cari jalan dalam berapa bulan itu masukkan RM50.

\”Mudahan-mudahan simpanan tambahan daripada dana asas itu boleh kita galakkan kefahaman tentang apa erti pelaburan jaminan masa depan,\” katanya semasa menyampaikan ucapan dalam majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia 2024 di Shah Alam.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....