Home Nasional Peruntukan RM454 juta untuk naik taraf bekalan air di Labuan
Nasional

Peruntukan RM454 juta untuk naik taraf bekalan air di Labuan

Peruntukan RM454 juta untuk naik taraf bekalan air di Labuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa

LABUAN, 23 Februari – Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata kerja-kerja berkenaan membuahkan hasil positif dan aduan gangguan bekalan air berkurangan sebanyak 46 peratus berbanding pada 2023.

“Kemajuan ini menunjukkan bahawa inisiatif itu berada di landasan yang tepat, menurut pegawai yang terlibat,” katanya dalam ucapan di Karnival Wilayah Persekutuan Kita peringkat Labuan di Kompleks Sukan Laut di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan Datuk Noridah Abdul Rahim.

Selain itu, dua projek ladang solar di Tanjung Kubong dan Kampung Bukit Kalam dengan kapasiti gabungan 15 megawatt siap sepenuhnya dan menyokong keperluan harian bekalan elektrik di pulau itu yang secara purata mencecah 70 megawatt.

Beliau berkata satu lagi perkembangan penting iaitu cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok yang disifatkannya sebagai ‘pengubah keadaan’ untuk pulau itu dan bakal memberikan limpahan manfaat bagi Sabah.

“Dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini, RM3 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Kerja Raya untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan projek itu.

“Kajian sebelum ini dianggap sudah ketinggalan zaman dan tidak mencukupi untuk keperluan perancangan pada masa sekarang … kajian baharu itu mesti mempertimbangkan keperluan sebenar penduduk Labuan bukan sekadar aspek teknikal,” kata Dr Zaliha.

Beliau juga menyentuh mengenai beberapa perkembangan dalam sektor pengangkutan, termasuk peningkatan kekerapan penerbangan AirAsia untuk laluan Kuala Lumpur-Labuan, dan perkhidmatan feri ekspres baharu antara Labuan dan Kota Kinabalu yang akan mula beroperasi tidak lama lagi.

Beliau berkata pegawai kanan daripada Jabatan Wilayah Persekutuan dijadual bertemu Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji di Kota Kinabalu bagi membincangkan pelbagai isu berkaitan Labuan, termasuk terminal feri ekspres. – BERNAMA

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...