Home Nasional Pertumbuhan ekonomi digital, buka peluang pasaran antarabangsa – Gobind
Nasional

Pertumbuhan ekonomi digital, buka peluang pasaran antarabangsa – Gobind

Pertumbuhan ekonomi digital, buka peluang pasaran antarabangsa – Gobind

Menteri Digital, Gobind Singh Deo

PUTRAJAYA, 13 Ogos– Perniagaan berasaskan ekonomi digital perlu diperkasa sebaik mungkin bagi mendokong industri berkaitan beralih kepada perniagaan berteknologi baharu.

Jelas Menteri Digital, Gobind Singh Deo, penggunaan platform tersebut dilihat mampu memperluas pasaran serta mengekalkan perniagaan sedia ada selain bersaing di pasaran antarabangsa.

Justeru, satu perbincangan akan diadakan bersama Kementerian Kewangan bagi membincangkan perkara berkaitan dana serta inisiatif bagi mengerakkan usaha tersebut.

\”Saya rasa semua faham dalam dunia digital, kita semua tahu teknologi boleh membantu perniagaan kita. Bolehkah kerajaan melihat bagaimana insentif boleh digunakan supaya kita boleh menggalakan lebih lagi daripada peniaga-peniaga kecil, industri-industri kecil untuk menggunakan teknologi sedia ada.\”

\”Apakah sebenarnya jenis insentif itu sama ada dari sudut percukaian ataupun insentif yang lain,\” kata Gobind kepada pemberita selepas sesi taklimat bersama pemegang taruh dan pemain industri bagi Cadangan Inisiatif Bajet 2025 Kementerian Digital, di sini hari ini.

Tambahnya, pembangunan bakat mahir dalam ekonomi digital perniagaan turut diberi fokus dalam belanjawan tahun 2025.

Dalam pada itu, Pendidikan dan Latihan Digital dan Vokasional (DVET) yang dijangka dilancarkan pada September depan, turut memfokuskan kepada penyediaan serta ketersediaan bakat.

Ia bagi memenuhi permintaan industri termasuk tenaga kerja mahir untuk lima tahun akan datang.

Menurut Gobind, DVET akan dilaksana melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), selain jalinan kerjasama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....