Home Nasional Pertandingan nasyid warnai Majlis Tilawah-Hafazan al-Quran P. Pinang
Nasional

Pertandingan nasyid warnai Majlis Tilawah-Hafazan al-Quran P. Pinang

Pertandingan nasyid warnai Majlis Tilawah-Hafazan al-Quran P. Pinang

Antara kumpulan yang menyertai pertandingan nasyid

PERMATANG PAUH, 13 November – Buat julung kalinya, Pertandingan Nasyid diperkenalkan dalam Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran (MTHQ) Peringkat Negeri Pulau Pinang bagi tahun 1446 Hijrah, bersamaan 2024 Masihi.

Sebanyak enam pasukan bakal berentap dalam kategori nasyid yang akan memeriahkan lagi majlis itu.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, pertandingan itu diadakan untuk melengkapkan majlis yang penuh bermakna itu.

\”Penganjuran acara ini bukan sekadar memenuhi jadual tahunan program keagamaan rasmi, tetapi turut bertujuan mengajak umat Islam menyemai kecintaan terhadap isi kandungan al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan harian,\” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Tilawah, Hafazan Al-Quran dan Nasyid Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 1446H/2024M bertempat di Dewan Besar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang di sini, pada Selasa.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zulkifli Long, dan Mufti Negeri Pulau Pinang, Sahibus Samahah Prof. Madya Datuk Dr. Mohd Sukki Othman.

Program selama tiga hari itu dijadualkan berakhir esok dengan majlis penutupan rasmi yang bakal disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Sebanyak lapan peserta qari dan qariah akan mempersembahkan bacaan mereka dalam Tilawah Al-Quran.

Manakala 27 peserta lagi bertanding dalam kategori Hafazan Al-Quran, mewakili tiga zon utama di seluruh negeri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....