Home Nasional Persidangan DUN Perak kekal 15 hingga 22 April – MB Perak
Nasional

Persidangan DUN Perak kekal 15 hingga 22 April – MB Perak

Persidangan DUN Perak kekal 15 hingga 22 April – MB Perak

Persidangan DUN Perak dijadual berlangsung pada 15 hingga 22 April depan kekal diteruskan/Foto Facebook Saarani Mohamad

IPOH, 8 Mac – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 22 April depan kekal diteruskan seperti dirancang, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Menurut beliau, persidangan akan bersidang seperti yang telah ditetapkan walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Hari Mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning pada 26 April depan.

\”Keputusan sama ada meneruskan atau tidak persidangan bergantung kepada keadaan, namun pada pandangan saya ia tidak mengganggu.

\”Kerana kebiasaannya, keperluan berada di lapangan untuk kempen tidak semestinya melibatkan wakil rakyat sahaja. Ramai pihak akan turun membantu kempen pilihan raya tersebut.

\”Oleh itu, sekiranya Speaker berpandangan persidangan boleh diteruskan dari 15 hingga 22 April, saya rasa tidak ada masalah,\” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Wanita peringkat Negeri di sini, hari ini.

Beliau turut memaklumkan enam nama calon sudah dihantar kepada parti untuk pertimbangan, termasuk calon wanita.

Semalam, SPR menetapkan 12 April sebagai tarikh penamaan calon PRK Ayer Kuning, dengan undi awal pada 22 April, manakala hari mengundi pada 26 April depan.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...