Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Persidangan Cukai Kebangsaan 2024, beri ruang baharu kepada LHDN
Nasional

Persidangan Cukai Kebangsaan 2024, beri ruang baharu kepada LHDN

Persidangan Cukai Kebangsaan 2024, beri ruang baharu kepada LHDN

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Julai- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 dapat memberi ruang dan kaedah baharu bagi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) meningkatkan keupayaan dan kecekapan memungut hasil cukai.

Menerusi sesi persidangan tersebut pihaknya yakin LHDN mampu mengutip cukai melebihi sasarankutipancukaiyang ditetapkanbagi2024.

\”Saya nak lihat hasil bertambah setiap sen dan ringgit dibayar tanpa pengecualian. Saya juga melihat seperti mana saudara tahu, ia tidak membebankan orang atau syarikat lebih daripada had yang ditetapkan.

\”Saya tahu semangat dan kekuatan LHDN, saya dengan harapan yang tinggi agar kita bawa satu tradisi dan budaya baru ini dapat membantu menyelamatkan bangsa dan budaya kita,\” katanya dalam ucapan dalam Persidangan Cukai Kebangsaan 2024 di ibu negara.

Dalam pasa itu Anwar turut mengulangi mengenai usaha kerajaan dalam mengurangkan kadar defisit fiskal negara kepada 4.3 peratus pada tahun ini.

Beliau juga mahu negara perlu diuruskan dengan teliti bagi memastikan hasil yang dikeluarkan memanfaatkan rakyat dalam jangka panjang.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...