Home Nasional Persenda isu agama: GPMS Kedah gesa polis ambil tindakan tegas
Nasional

Persenda isu agama: GPMS Kedah gesa polis ambil tindakan tegas

Persenda isu agama: GPMS Kedah gesa polis ambil tindakan tegas

Pengerusi GPMS Kedah, Izharul Khairi Taharuddin

ALOR SETAR, 19 Januari- Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS Kedah menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap individu-individu yang dilihat cuba mempersenda dan mempermainkan isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama.

Pengerusi GPMS Kedah, Izharul Khairi Taharuddin berkata ia bagi memastikan tiada lagi ruang untuk pihak terbabit melakukan penghinaan serta mengulangi perbuatan sama disamping menjamin keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Beliau juga menyeru pihak kerajaan agar meningkatkan usaha untuk mengawal penyebaran sentimen sensitif yang menghina agama dan bangsa.

“Ia terutamanya di platform media sosial, yang kini semakin tidak terkawal. Kami akan membuat satu laporan polis dalam masa terdekat bagi memastikan tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat,” Kktanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas satu hantaran tular di media sosial Facebook yang dibuat oleh seorang pelawak terkenal yang secara tidak sensitif bergurau mengenai “Ham Sap Kopi” dan menyatakan kekeliruannya terhadap isu ‘ham’ yang sedang tular ketika ini.

Katanya, hantaran tersebut adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab dan langsung tidak lucu.

Selain itu, terdapat komen biadab daripada seorang pengguna Facebook bernama Cecelia Yap Song KL yang menulis, “All names with MoHAMmad got to be renamed then.”

“Tindakan ini adalah penghinaan terhadap nama junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, seorang insan yang sangat mulia di sisi Allah S.W.T. Komentar seperti ini amat dikesali kerana boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia,” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....