Wednesday , 30 April 2025
Home Nasional Perniagaan Malaysia-Korea Selatan, empat MoU dimeterai
Nasional

Perniagaan Malaysia-Korea Selatan, empat MoU dimeterai

Perniagaan Malaysia-Korea Selatan, empat MoU dimeterai

Foto RTM

SEOUL, 25 November – Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan terus diperkukuh menerusi pemeteraian empat Memorandum Persefahaman (MoU) antara agensi kerajaan dengan agensi serta firma tempatan di Seoul.

Majlis berkenaan disaksikan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang turut disertai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang.

MoU pertama melibatkan MATRADE mengenai bidang kerjasama perdagangan dalam bentuk pertukaran maklumat dan membantu aktiviti eksport kedua-dua negara.

Seterusnya MoU antara MIMOS Berhad dengan SDT Inc dalam bidang kerjasama penyelidikan dan pembangunan teknologi informasi dan komunikasi serta elektronik mikro.

Sementara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Agensi Internet dan Keselamatan Korea (KISA) pula dalam bidang kerjasama memperkukuh pertukaran pengetahuan, kemahiran dan amalan terbaik berkaitan rangkaian keselamatan informasi dan komunikasi kedua-dua negara.

Manakala Pertubuhan Bandar Mampan & Pintar Malaysia (MSCA) dengan Bumhan Fuel Cell dalam bidang kerjasama nasihat teknikal dan bukan teknikal serta perkongsian pengetahun mengenai pembangunan bandar berteraskan hidrogen dan bandar pintar.

Related Articles

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI
Nasional

Golongan muda diingatkan waspada ancaman penipuan siber guna AI

Panel Pencegahan Penipuan Digital, Ts Lukas J. Tan KUALA LUMPUR, 27 April-...

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta
Nasional

Elak babi melintas jalan, seorang pelajar maut dirempuh kereta

FOTO IPD SERI ALAMJOHOR BAHRU, 27 April- Seorang pelajar lelaki maut, manakala...

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91
Nasional

Agong zahir ucapan selamat menyambut Hari TLDM ke-91

FOTO FB Sultan Ibrahim Sultan IskandarKUALA LUMPUR, 27 April- Yang di-Pertuan Agong,...

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme
Nasional

Tuanku Syed Sirajuddin titah warga ATM buang sikap ego, tingkat profesionalisme

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan bergambar bersama anggota Kawalan Kehormatan...