Home Nasional Permohonan ubah syarat, pembaharuan permit APAD melalui sistem i-SPKP mulai 19 Ogos
Nasional

Permohonan ubah syarat, pembaharuan permit APAD melalui sistem i-SPKP mulai 19 Ogos

Permohonan ubah syarat, pembaharuan permit APAD melalui sistem i-SPKP mulai 19 Ogos

Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 1 Ogos- Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan melaksanakan peralihan semua permohonan ubah syarat dan pembaharuan permit melalui sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (i-SPKP) berkuat kuasa 19 Ogos ini.

Dalam satu kenyataan hari ini APAD memaklumkan pihaknya akan menghentikan sementara urusan permohonan berkenaan di semua kaunter bermula 10 hingga 18 Ogos ini bagi urusan peralihan permohonan ke sistem i-SPKP.

“Susulan pembukaan modul pembaharuan dan modul ubah syarat di dalam sistem i-SPKP, terdapat keperluan untuk menyelaras peralihan data dari sistem lama kepada sistem baharu,” menurut kenyataan itu.

Justeru APAD berkata pihaknya menyarankan kepada mana-mana pelanggannya yang mempunyai urusan segera membabitkan permohonan ubah syarat dan permohonan pembaharuan supaya membuat perancangan permohonan sebelum 9 Ogos.

Tambahnya, lain-lain permohonan sedia ada melalui sistem i-SPKP termasuk permohonan baharu dan melesenkan kenderaan, berjalan seperti biasa.

Dalam pada itu APAD menasihatkan mana-mana pemain industri yang belum membuat pendaftaran syarikat di sistem i-SPKP agar segera berbuat demikian bagi mengelakkan sebarang kesulitan permohonan di masa hadapan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari portal rasmi i-SPKP di https://portal.ispkp.gov.my/.

Related Articles

Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal
Nasional

Pelajar IKTBN maut nahas dua motosikal

Kemalangan melibatkan dua motosikal di Kilometer 58, Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara),...

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Nasional

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf berucap merasmikan Sambutan HSN 2024...

2,612 penduduk terjejas banjir di tiga negeri
Nasional

2,612 penduduk terjejas banjir di tiga negeri

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 13 Oktober– 2,612 penduduk terjejas daripada 819 keluarga di...

Pengamal media diingatkan menjaga aib, adab dalam pelaporan berita- Fahmi
Nasional

Pengamal media diingatkan menjaga aib, adab dalam pelaporan berita- Fahmi

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil...