Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Perlis, Nambia bincang kerjasama dua hala
Nasional

Perlis, Nambia bincang kerjasama dua hala

Perlis, Nambia bincang kerjasama dua hala

Foto Istana Arau

NAMIBIA, 27 Julai-Pelbagai perkara berkaitan hubungan dua hala Perlis dan Namibia diperbincangkan, termasuklah hasrat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk memainkan peranannya secara aktif melalui kerjasama dengan pelbagai agensi dan institusi berkaitannya di Namibia.

Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, MAIPs telah mensasarkan halatuju perkongsian bersama dalam pelbagai bidang pengurusan hal ehwal Islam seperti pengurusan halal, pendidikan termasuk aktiviti kebajikan dan kemanusiaan.

\”Tiada pihak yang rugi sekiranya berkongsi ilmu dan pengalaman, sebaiknya ia akan mempertingkatkan lagi tahap kecekapan dan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan golongan sasar,\” titah baginda ketikap mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Republik Namibia, Netumbo Nandi-Ndaithwah.

Sementara itu, Presiden Namibia, Netumbo Nandi-Ndaithwah dalam ucapan aluannya menjelaskan bahawa pihaknya kini memberikan fokus dalam bidang pendidikan, pelancongan, hospitaliti, pengurusan sumber minyak dan tenaga serta menawarkan perkongsian pengalaman serta pelaburan Malaysia dalam pengurusan penerbangan komersil tempatan.

Bersempena Program Safar Ilmi MAIPs ini, Tuanku Syed Faizuddin Putra, turut berkenan menawarkan peluang pengajian kepada 15 orang pelajar Muslim daripada Namibia bagi melanjutkan pelajaran di Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) selain berharap agar dapat melaksanakan pengkongsian berkaitan pengurusan halal kepada pihak Namibia.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...