Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Perlawanan Akhir Piala FA, operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan
Nasional

Perlawanan Akhir Piala FA, operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan

Perlawanan Akhir Piala FA, operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan

Waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga pukul 1.00 pagi Ahad sempena Perlawanan Akhir Piala FA / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) akan melanjutkan waktu operasi Stesen LRT Bukit Jalil pada malam 24 Ogos sehingga pukul 1.00 pagi Ahad sempena Perlawanan Akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rapid Rail memaklumkan, bagi memastikan kelancaran pergerakan penumpang, tren tambahan akan disediakan sejurus tamat perlawanan bagi keselesaan penumpang untuk pulang ke destinasi masing–masing.

\”Stesen-stesen lain akan menamatkan operasi seperti biasa, bagaimanapun para penumpang masih boleh keluar dari stesen berkenaan bagi meneruskan perjalanan.

\”Semua stesen-stesen pertukaran rel turut dilanjutkan waktu operasi bagi membolehkan penumpang meneruskan perjalanan ke destinasi akhir,\” menurut Rapid Rail menerusi kenyataan.

Penumpang juga disaran untuk menggunakan kad Touch ‘n Go bagi menikmati perjalanan yang lebih lancar dan mengelakkan kesesakan ketika masuk dan keluar stesen.

\”Bagi pengguna token, digalakkan untuk membeli token pergi dan balik sebelum keluar dari stesen. Rapid Rail juga menyarankan penumpang untuk menggunakan fasiliti parkir Park N’ Ride yang terdapat di stesen-stesen LRT dan MRT terpilih,\” kata Rapid Rail.

Tambah Rapid Rail, sejumlah 18,680 ruang parkir kereta disediakan bagi penumpang yang ingin menggunakan perkhidmatan tren untuk ke stadium.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...