Home Nasional Perlanggaran bot: Operasi mencari dua warga Filipina ditamatkan
Nasional

Perlanggaran bot: Operasi mencari dua warga Filipina ditamatkan

Perlanggaran bot: Operasi mencari dua warga Filipina ditamatkan

Tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.

SEMPORNA, 9 Ogos – Operasi mencari dan menyelamat dua warga Filipina yang hilang dalam insiden pelanggaran dua bot di perairan Pulau Sebangkat di sini, sejak Selasa lepas (6 Ogos) ditamatkan, semalam.

Pengarah Zon Maritim Semporna Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Komander Maritim Amir Shubli berkata ia berikutan tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan pasukan mencari dan menyelamat.

\”Operasi itu ditamatkan pada pukul 6.30 petang semalam. Ia meliputi kawasan keluasan 64 batu nautika persegi dengan penglibatan tujuh buah bot Maritim Malaysia dan agensi lain seperti Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marim, Angkatan Pertahanan Awam, serta Taman-Taman Sabah.

“Komuniti setempat juga telah dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa dan diminta untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya menemukan sebarang petunjuk,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, dua warga Filipina yang dikenali sebagai Rommek Tura dan Jimal, masing-masing berusia 30 tahun dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua orang lagi yang terselamat, bertembung dengan sebuah bot lain di sini.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....