Home Nasional Perkukuh integriti, JKKTN setuju pinda Akta Pemegang Amanah
Nasional

Perkukuh integriti, JKKTN setuju pinda Akta Pemegang Amanah

Perkukuh integriti, JKKTN setuju pinda Akta Pemegang Amanah

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) di Putrajaya / Foto Jabatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 9 September – Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bersetuju dengan cadangan pindaan terhadap Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] dan Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208].

Pindaan tersebut bertujuan mengelakkan penyelewengan dana oleh badan pemegang amanah yang ditubuhkan bagi tujuan keagamaan, sosial, dan kebajikan.

\”Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperkukuh tatakelola, integriti, dan membanteras rasuah.

\”Keputusan ini juga memberi perhatian khusus terhadap isu profesionalisme agensi penguat kuasa yang memberi persepsi negatif terhadap orang awam serta isu rasuah melibatkan perolehan kerajaan dan penyalahgunaan dana awam, terutama yang melibatkan entiti penerima dana daripada Kerajaan,\” menurut Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan.

Selain itu, JKKTN turut bersetuju menggalakkan syarikat gred G7 dengan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) mendapatkan pensijilan MS ISO 37001 Anti-Bribery Management System (ABMS).

Syarikat dengan pensijilan itu akan diberi keutamaan dalam perolehan kerja kerajaan bernilai RM100 juta ke atas bagi tempoh dua tahun pertama.

Inisiatif tersebut menyokong prinsip liabiliti korporat di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009 dan menegaskan komitmen Kerajaan untuk memperkasa tatakelola, integriti, dan agenda pembanterasan rasuah di peringkat nasional.

Pindaan Akta 208 melibatkan tafsiran berkaitan pemunya benefisial, iaitu pihak yang mendapat manfaat daripada badan amanah.

Manakala, pindaan Akta 258 merangkumi peraturan pendedahan maklumat, konflik kepentingan, sumber dana serta kuasa pemantauan, pengesahan, dan pemeriksaan laporan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....