Home Nasional Perkhidmatan Rapid Bus, kadar tambang Rapid Mobiliti diselaraskan
Nasional

Perkhidmatan Rapid Bus, kadar tambang Rapid Mobiliti diselaraskan

Perkhidmatan Rapid Bus, kadar tambang Rapid Mobiliti diselaraskan

Bermula 15 Julai ini, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan menyelaraskan tambang perkhidmatan Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Julai – Bermula 15 Julai ini, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) akan menyelaraskan tambang perkhidmatan Rapid Mobiliti di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Kadar tambang baharu itu adalah RM7 untuk dua individu bagi setiap tempahan melibatkan seorang penumpang kurang upaya serta seorang pengiring.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata kadar tambang baharu itu adalah lebih murah dan berpatutan dengan perkhidmatan ditawarkan, selaras peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata penyelarasan baharu tambang itu akan memberi manfaat kepada penumpang sedia ada, selain mampu menarik komuniti berkerusi roda untuk menikmati perkhidmatan ini pada masa akan datang.

\”Selaras dengan kadar tambang baharu ini, Rapid Bas juga memperkenalkan kaedah pembayaran tambang tanpa tunai, di mana para penumpang Rapid Mobiliti boleh membuat pembayaran dengan mengimbas kod QR yang dipaparkan di dalam kenderaan tersebut.

\”Namun, para penumpang masih boleh membayar dengan tunai, sekiranya mereka tidak mempunyai kemudahan kod QR tersebut,\” katanya menerusi kenyataan.

Perkhidmatan Rapid Mobiliti meliputi kawasan Shah Alam, Kajang, Seri Kembangan, Cheras, Subang Jaya, Petaling Jaya, Ampang, Selayang, Kuala Lumpur bagi Lembah Klang.

Manakala bagi penumpang di Pulau Pinang, buat masa ini, Rapid Mobiliti hanya ditawarkan untuk kawasan-kawasan di bahagian pulau sahaja.

Related Articles

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah
Nasional

Cegah penyeludupan: KPDN perketat pemantauan perairan Sabah

Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh / Foto Hiasan / FailTAWAU, 23 Mac...

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana
Nasional

Sistem ramalan cekap penting kurangkan risiko bencana

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi / Foto HiasanKUALA...

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang
Nasional

Banjir Johor: Jumlah penduduk terjejas berkurang kepada 6,585 orang

Foto APM KluangJOHOR BAHRU, 23 Mac – Jumlah penduduk terjejas banjir di...

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Nasional

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan

Foto hiasanKUALA LUMPUR, 23 Mac – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini...