Home Nasional Perkasa sektor digital: Kerajaan sedia jalin kerjasama dengan pemain industri tempatan
Nasional

Perkasa sektor digital: Kerajaan sedia jalin kerjasama dengan pemain industri tempatan

Perkasa sektor digital: Kerajaan sedia jalin kerjasama dengan pemain industri tempatan

Gobind Singh Deo ditemui pemberita selepas Majlis Anugerah PC.COM ke-24

SUBANG JAYA, 25 Julai- Kerajaan komited dan sedia menjalin kerjasama dengan pemain industri digital dalam usaha memperkasakan sektor tersebut di Malaysia.

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata beliau meminta semua ketua industri berkaitan hadir ke kementerian berkenaan dan memberi pandangan untuk menggariskan dasar digital pada masa akan datang.

\”Pengalaman yang mereka dapat daripada perjalanan daripada dulu sehingga sekarang sangat penting untuk kita menggariskan garis panduan untuk kita bergerak ke hadapan, saya fikir penting walaupun di mana kita meraikan sumbangan mereka kepada industri dan saya ingin mereka berjaya.

\”Tetapi saya memerlukan bantuan mereka untuk datang dan berjumpa dengan saya berbincang bagaimana kita boleh membuat dasar supaya Malaysia boleh bergerak maju dalam perjalanan digital ini dengan input industri dan sudah tentu dengan sokongan daripada kerajaan,\”katanya.

Beliau ditemui media selepas Majlis Anugerah PC.COM ke-24 semalam.

Tambah beliau, ini kerana ekosistem yang dibina adalah penting bukan sekadar bagi membolehkan kerajaan mengetahui masalah berkaitan sektor digital sebelum ini tetapi juga untuk melihat cabaran yang bakal didepani.

Beliau turut memberitahu keyakinan beliau bahawa pihaknya mampu mencapai sasaran sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar menjelang 2025 sekiranya semua pihak termasuk rakyat memanfaatkan platform yang disediakan oleh kerajaan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....