Home Nasional Perkasa KRT, KPN peruntuk RM3.2 juta
Nasional

Perkasa KRT, KPN peruntuk RM3.2 juta

Perkasa KRT, KPN peruntuk RM3.2 juta

Foto FB Kementerian Perpaduan Negara

PUTRAJAYA, 20 Julai- Sebanyak RM3.2 juta diperuntukkan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi memperkukuh keselamatan dan ketahanan komuniti di bawah Inisiatif Pemerkasaan Rukun Tetangga Sebagai Penggerak Komuniti Progresif.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang, kira-kira RM837,000 daripadanya untuk pembekalan dan penggantian fasiliti keselamatan Skim Ronda Sukarela (SRS) yang akan memberi manfaat kepada 119 Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

\”Sebanyak RM2.175 juta dibekalkan untuk 69 buah kabin SRS yang baharu dan juga ketiga adalah lebih RM231,000 untuk membaiki kabin-kabin sedia ada di 18 kawasan SRS.

\”Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keaktifan dan keberkesanan SRS dalam komuniti,\” katanya ketika merasmikan Program Keselamatan Kejiranan dan Jom Ronda SRS Bersepadu Peringkat Wilayah Persekutuan di sini.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...