Wednesday , 16 October 2024
Home Nasional Perkasa kerjasama antarabangsa, produk tempatan akan ke luar negara – KPDN
Nasional

Perkasa kerjasama antarabangsa, produk tempatan akan ke luar negara – KPDN

Perkasa kerjasama antarabangsa, produk tempatan akan ke luar negara – KPDN

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali/Foto Fail

SHAH ALAM, 15 Ogos– Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkasa kerjasama dengan beberapa rangkaian pasar raya besar di luar negara.

Ia bertujuan pengantarabangsaan barangan Malaysia dapat dipasarkan ke empat buah negara iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand, Jepun dan China.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Ali berkata agar usaha menembusi pasaran antarabangsa bagi produk tempatan berkembang lebih ke luar negara.

\”Kita fokuskan kepada empat buah negara iaitu UAE, Thailand, China dan Jepun. Kita mengharapkan program ini, yang juga bekerjasama dengan pasar raya yang ada di negara-negara tersebut.\”

\”Kita dapat membawa lebih banyak produk-produk tempatandipasarkan di rak-rak pasar raya di luar negara,\” kata Datuk Armizan kepada pemberita selepas Kempen Pelancaran Beli Barangan Malaysia di Lotus Setia Alam, hari ini.

Tambahnya, Kempen Beli Barangan Malaysia yang dianjurkan telah bermula mulai Jun sehingga Disember tahun ini.

Related Articles

Mogok pekerja: Menteri Buruh cadang perunding khas selesai kemelut
Nasional

Mogok pekerja: Menteri Buruh cadang perunding khas selesai kemelut

Foto REUTERSMONTREAL, 16 Oktober-Menteri Buruh Kanada, Steve MacKinnon pada Selasa mencadangkan pelantikan...

SWM Environment siap sedia hadapi Monsun Timur Laut
Nasional

SWM Environment siap sedia hadapi Monsun Timur Laut

Foto SWM Environment JOHOR BAHRU, 16 Oktober- SWM Environment merangka Pelan Operasi...

Bao Li dan Qing Bao selamat tiba di Zoo Washington
Nasional

Bao Li dan Qing Bao selamat tiba di Zoo Washington

Foto REUTERSWASHINGTON, 16 Oktober-Sepasang panda gergasi selamat tiba di sini dari China...

Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran
Nasional

Empat unit rumah kedai musnah dalam kebakaran

Foto JBPM Kedah JITRA, 16 Oktober-Empatunit rumah kedai dua tingkat di Jalan...