Home Nasional Perhilitan Kelantan pindahkan seekor gajah jantan ke habitat asal
Nasional

Perhilitan Kelantan pindahkan seekor gajah jantan ke habitat asal

Perhilitan Kelantan pindahkan seekor gajah jantan ke habitat asal

FOTO FB Jeli Kito

KOTA BHARU, 25 Julai- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Kelantan memaklumkan seekor gajah jantan yang ditangkap di Jeli oleh Unit Tangkapan Gajah telah dipindahkan dan dilepaskan semula ke habitat yang lebih sesuai dan selamat, Selasa lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani menerusi satu kenyataan memaklumkan operasi pemindahan dijalankan oleh anggota dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dan dibantu oleh anggota Perhilitan Kelantan.

Beliau berkata mamalia itu ditangkap pada 20 Julai lepas di sekitar Kampung Lalat, Batu Melintang di Jeli selepas aduan diterima daripada penduduk kampung sehari sebelum itu.

“Tangkapan gajah liar ini akan mengurangkan kebimbangan penduduk di kawasan itu di samping dapat mengelak kerugian berterusan akibat kemusnahan tanaman dan harta benda.

“Perhilitan Kelantan ingin memaklumkan bahawa tangkapan dan pemindahan Gajah liar yang menganggu bukanlah penyelesaian jangka panjang kerana kampung itu terletak berhampiran dengan kawasan Hutan Simpan Kekal Gunung Basor,” katanya.

Mohamad Hafid berkata penduduk terutamanya pekebun dinasihatkan memasang lampu LED Biru di laluan yang dikenal pasti sebagai laluan masuk gajah liar ke kebun dan sentiasa membersihkan kebun.

Beliau berkata sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada Jabatan Perhilitan melalui talian hotline PERHILITAN 1-800-88-5151 atau e-aduan di laman web www.wildlife.gov.my.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...