Home Nasional PERDIM kumpul dana, jalin kerjasama strategik gerakkan aktiviti kemasyarakatan
Nasional

PERDIM kumpul dana, jalin kerjasama strategik gerakkan aktiviti kemasyarakatan

PERDIM kumpul dana, jalin kerjasama strategik gerakkan aktiviti kemasyarakatan

Presiden PERDIM, Dr. Boi Saidi Abdul Razak

KUANTAN, 15 Julai – Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) komited meningkatkan capaian perkhidmatan kesihatan berkualiti kepada orang ramai.

Presiden PERDIM, Dr. Boi Saidi Abdul Razak berkata bagi tujuan itu, PERDIM memerlukan dana untuk memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada semua rakyat di negara ini.

Beliau berkata, kerjasama strategik turut dijalin bagi menggerakkan pelbagai aktiviti turun padang untuk memanfaatkan komuniti setempat.

\”Dana nanti kita gunakan untuk tujuan program tanggungjawab sosial korporat (CSR), membantu mereka yang memerlukan, yang mana selalunya PERDIM akan membuat aktiviti kebajikan, dimana kita pernah buat aktiviti berkhatan untuk kanak kanak asnaf,\” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada program amal PERDIM, di sini.

Tambah Dr. Boi Saidi, PERDIM kini memiliki lebih 3,000 ahli di seluruh negara dengan beberapa program CSR telah dijalankan antaranya bantuan kepada gelandangan dan program anak angkat golongan memerlukan.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....