Home Nasional Perdana Menteri terima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan
Nasional

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan

Perdana Menteri terima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan

Foto: FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 14 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Rais Republik Tatarstan, Rustam Minnikhanov, semalam.

Menerusi catatan dalam Facebook hari ini, Anwar berkata pertemuan itu berlangsung di Perdana Putra, Putrajaya bersempena dengan lawatan kerja dua hari Minnikhanov ke Malaysia.

“Kami berbicara panjang seputar usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Rusia dengan dunia Islam, khususnya membabitkan negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

“Perbincangan kami turut menyentuh penyertaan Malaysia ke dalam gabungan BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan). Saya menegaskan komitmen Malaysia untuk menyertai gabungan ini, sepertimana yang telah dinyatakan kepada Rusia sebelum ini,” menurut catatan itu.

Perdana Menteri berkata pertemuan turut digunakan bagi meneroka potensi memperluas kerjasama dalam pelbagai bidang terutamanya dalam sektor halal, selain usaha memperkukuh kerjasama dalam bidang pendidikan.

Republik Tatarstan merupakan sebuah wilayah majoriti Islam dalam Persekutuan Rusia.

Related Articles

Nasional

Niaga hadapan emas didagangkan dengan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 19 April- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives...

90 pesakit HTF terima sumbangan raya
Nasional

90 pesakit HTF terima sumbangan raya

Salahs eorang pesakit menerima sumbangan daripada Lembaga Pelawat HTFKANGAR, 19 April- Sempena...

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0
Nasional

400 Peserta Sertai Kampung Run @ Mata Ayer 1.0

FOTO RTMMATA AYER, 19 April- Seramai 400 peserta dari seluruh negara telah...

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan
Nasional

Kebolehpasaran graduan SMMTC lepasi sasaran ditetapkan

Walaupun industri media di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran teknologi pengganggu...