Home Nasional Perancis komited perkukuh hubungan bersama Malaysia dan ASEAN
Nasional

Perancis komited perkukuh hubungan bersama Malaysia dan ASEAN

Perancis komited perkukuh hubungan bersama Malaysia dan ASEAN

Axel Cruau/RTM

GEORGE TOWN, 14 Januari- Perancis komited untuk terus menjalinkan kerjasama rapat dengan blok Asia Tenggara berikutan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Duta Perancis ke Malaysia, Axel Cruau menegaskan Malaysia memainkan peranan penting dalam isu keselamatan, kestabilan dan keamanan serantau yang menjadi asas kepada keharmonian Indo-Pasifik.

\”Kami menantikan kepimpinan Malaysia yang aktif dalam jawatan Presiden ASEAN. Malaysia mempunyai keutamaan seperti keterangkuman dan kelestarian sebagai moto utama. Kami berharap dialog yang lebih mendalam dapat mengukuhkan kerjasama antara Perancis dan ASEAN terutamanya melalui Malaysia,\” katanya.

Beliau turut menyebut penglibatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dijadualkan mengadakan lawatan ke Brussels dalam masa terdekat dengan harapan membawa berita positif untuk memperkukuh kerjasama antara kedua-dua pihak.

Axel menyampaikan kenyataan tersebut dalam lawatan ke Kapal Pemusnah Pertahanan Tentera Laut Perancis yang berlabuh di Pelabuhan Swettenham, di sini, hari ini.

Lawatan berkenaan adalah sebahagian daripada misi CLEMENCEAU 25 yang menyaksikan kerjasama antara CSG Perancis dan Tentera Laut Diraja Malaysia dalam latihan multinasional \’LA PEROUSE.\’

Latihan yang dianjurkan oleh Tentera Laut Perancis itu akan melibatkan lapan negara termasuk Australia, Kanada, India, Singapura, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Latihan tersebut dijadualkan berlangsung di Selat Melaka, Laut Sunda dan Lombok, memperkukuh kerjasama pertahanan maritim serantau.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....