Home Nasional Peranan wanita diperkasa: Pulau Pinang terus jadi peneraju
Nasional

Peranan wanita diperkasa: Pulau Pinang terus jadi peneraju

Peranan wanita diperkasa: Pulau Pinang terus jadi peneraju

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow / Foto RTM

GEORGETOWN, 9 Mac – Isu berkaitan wanita akan terus diberikan perhatian, dan kerajaan negeri komited untuk menjadi peneraju dalam memperjuangkan hak serta kepentingan golongan wanita.

Komitmen itu disuarakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, selepas menghadiri majlis ‘Purple Walk’ yang berlangsung di Persiaran Gurney Drive pagi tadi.

Menurut beliau, Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWD) memainkan peranan penting dalam menangani isu berkaitan wanita di negeri ini, termasuk kesamarataan gender dan pembangunan wanita.

\”Kerajaan negeri amat peka terhadap hak wanita dan telah menjadi negeri pertama yang menubuhkan Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC).

\”Ia berfungsi sebagai agensi utama dalam merangka serta melaksanakan dasar berkaitan wanita di Pulau Pinang. Banyak program dan aktiviti pemerkasaan wanita telah dijalankan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) serta komuniti,\” katanya.

Related Articles

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang
Nasional

JPN Kelantan galak sekolah YIK pakai lencana Jalur Gemilang

FOTO RTMKOTA BHARU, 21 April- Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan menggalakkan sekolah-sekolah...

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM
Nasional

Cintakan negara bermula dari rumah- KPWKM

Datuk Seri Nancy (TENGAH) pada Majlis Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Pada Pakaian...

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah
Nasional

Bakal jemaah haji perlu bersyukur, peluang jadi tetamu Allah

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bergambar kenangan bersama peserta ursus Perdana Haji...

2 cedera, rumah pekerja dijilat api
Nasional

2 cedera, rumah pekerja dijilat api

FOTO JBPM SARAWAKBINTULU, 21 April- Dua individu, seorang wanita berusia 59 tahun...