Home Nasional Perak sasar jualan RM800,000 pada Ekspo Malaysia Fest 2024 di Singapura
Nasional

Perak sasar jualan RM800,000 pada Ekspo Malaysia Fest 2024 di Singapura

Perak sasar jualan RM800,000 pada Ekspo Malaysia Fest 2024 di Singapura

Majlis pelepasan produk usahawan Perak ke Malaysia Fest 2024 di Singapura yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Zolkafly Harun di Dewan Serbaguna Seri Iskandar di sini hari ini./ BERNAMA

SERI ISKANDAR, 18 Julai – Kerajaan Negeri Perak menyasarkan nilai jualan kira-kira RM800,000 menerusi penglibatan lapan usahawan yang akan menyertai Ekspo Malaysia Fest 2024 di Singapura yang berlangsung selama empat hari bermula 25 Julai depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata program tersebut secara tidak langsung akan membantu meningkatkan sumbangan ekonomi kepada negeri Perak.

Beliau berkata Sekretariat Usahawan Negeri Perak dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak menaja sebahagian kos penglibatan lapan usahawan Perak ke ekspo berkenaan.

\”Kesemua usahawan ini telah mengikuti proses permohonan dan temuduga serta dipilih berdasarkan kemampuan, fokus program dan kapasiti pengeluaran mereka untuk membawa imej produk negeri Perak ke pasaran Singapura.

\”Penyertaan usahawan ke ekspo seumpama ini juga akan membantu meningkatkan sumbangan ekonomi secara tidak langsung kepada Perak selain dilihat mampu menyediakan peluang kepada usahawan membina jaringan perniagaan serta mencari pengimport yang berpotensi untuk mengembangkan pasaran ke Singapura,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelepasan produk usahawan Perak ke Malaysia Fest 2024 di Singapura yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Zolkafly Harun di Dewan Serbaguna Seri Iskandar di sini hari ini.

Salbiah berkata penganjuran ekspo berkenaan pada tahun lepas merekodkan jumlah jualan tunai sebanyak RM802,422 membabitkan lapan usahawan terpilih.

Zolkafly dalam sidang media sama berkata penganjuran Ekspo Malaysia Fest 2024 diharap dapat membantu mengetengahkan lebih ramai usahawan agro di negeri ini ke peringkat antarabangsa selaras dengan fokus kerajaan negeri menjadikan sekuriti makanan dan pertanian sebagai bidang keutamaan pembangunan negeri.

\”Memandangkan kebanyakan usahawan menerima bantuan dan bimbingan daripada pelbagai agensi maka penyelarasan penyertaan kerajaan negeri diharapkan dapat membantu mengetengahkan lebih ramai usahawan agro negeri Perak ke peringkat antarabangsa. Ini selaras dengan fokus kerajaan negeri menjadikan sekuriti makanan dan pertanian sebagai bidang keutamaan pembangunan negeri Perak,\” katanya.

Related Articles

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo
Nasional

Lawatan kerja rasmi TPM, Zahid bakal bertemu Prabowo

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi/BERNAMAJAKARTA, 22 April– Timbalan...

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac
Nasional

KKM keluar 37,381 kesalahan merokok dikeluarkan setakat 31 Mac

Foto failKUALA TERENGGANU, 22 April – Sebanyak 37,381 notis atas pelbagai kesalahan...

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media
Nasional

Penyampaian konteks pembangunan wakaf lebih mudah dengan bantuan media

Foto Facebook Datuk Dr. Mohd Naim MokhtarPUTRAJAYA, 22 April- Platform media merupakan...

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF
Nasional

JKN Perlis sahkan insiden lelaki menyamar Penolong Pegawai Perubatan di HTF

Hospital Tuanku FauziahKANGAR, 21 April- Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis mengesahkan insiden...