Saturday , 21 September 2024
Home Nasional Perak laksana sistem pemetaan utiliti bawah tanah elak tanah jerlus
Nasional

Perak laksana sistem pemetaan utiliti bawah tanah elak tanah jerlus

Perak laksana sistem pemetaan utiliti bawah tanah elak tanah jerlus

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad/Foto RTM

IPOH, 26 OgosKoridor Utiliti Darul Ridzuan (KUDR) bakal diberi tanggungjawab untuk menyelaras dan menyusun sistem pemetaan utiliti bawah tanah khususnya bagi projek-projek baharu di negeri berkenaan.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, badan itu akan menjadi One Stop Agency (OSA) bagi pengurusan utiliti lebih terancang di negeri itu.

Jelas Saarani, kerajaan negeri mengambil iktibar kejadian tanah jerlus yang berlaku di Kuala Lumpur baru-baru ini selain sentiasa bersedia mengelak sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

\”Kita mengambil iktibar apa yang berlaku di Kuala Lumpur sebab kita sebenarnya tidak tahu apa yang telah berlaku sebelum ini. Macam kes yang berlaku di situ (Masjid India) hanya orang lama tahu barang kali apa yang dibina di bawah tanah itu.

\”Tapi di Perak kita dah ada KUDR untuk pembangunan baharu melibatkan pemetaan bawah tanah untuk tahu kabel utiliti termasuk juga tanah jerlus. Itu tujuannya KUDR itu,\” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-52 Tahun 2024 di PUO di sini.

Sabtu lalu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyarankan agar agensi terlibat serta syarikat utiliti bekerjasama dalam membuat pemetaan utiliti bawah tanah, bagi mengelakkan insiden tidak diingini berlaku terutama ketika pembangunan sesuatu projek.

Pemetaan utiliti itu penting, bagi melihat keadaan di bawah tanah dengan kebanyakannya mempunyai saluran perpaipan dan kabel elektrik, yang ada kalanya tidak dipetakan pihak utiliti.

Related Articles

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish
Nasional

Cuaca tak menentu, nelayan disaran guna kaedah Q'Fish

Produk ikan segar beku yang halal & diproses oleh kakitangan Persatuan Nelayan...

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena
Nasional

Polis perketat kawalan di kawasan banjir Kota Setar, Pokok Sena

Polis mempertingkatkan kawalan keselamatan di kawasan yang dilanda banjir di Daerah Kota...

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia
Nasional

Bekas Timbalan Menteri KKMM, Datuk Eddin meninggal dunia

Foto RTMKUALA LUMPUR, 20 September –Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM),...

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus meningkat

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 6,087 orang setakat 8 pagi...