Home Nasional Perak kenal pasti kewujudan ajaran sesat
Nasional

Perak kenal pasti kewujudan ajaran sesat

Perak kenal pasti kewujudan ajaran sesat

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 28 September – Kerajaan Perak telah mengenal pasti kewujudan beberapa kegiatan ajaran sesat yang bertapak di negeri itu melalui hasil penyelidikan yang dijalankan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, buat masa ini Bahagian Penyelidikan JAIPk sedang membuat pemantauan dan kajian di kawasan didakwa terdapat unsur menyimpang daripada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

\”Di JAIPK mereka akan kajian, dipantau dan sebahagiannya akan temuduga. Setelah ada kelihatan unsur-unsur ajaran sesat itu, mereka akan buat laporan ke pihak yang lebih atas lah.

\”Kita ada Majlis Fatwa Negeri, kita ada Majlis Fatwa Kebangsaan. Jadi setelah selesai, kalau sampai peringkat Majlis Raja-Raja pun biasa juga mengisytiharkan macam Al-Arqam dulu, maka kita akan keluarkan fatwa lah…,\” katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-61 Persekutuan Seruan Islam Perak (Jam\’iyah Perak) di sini, hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak berkuasa agama di peringkat daerah dan negeri jika terdapat kegiatan meragukan oleh pihak tertentu bagi mengelak sebarang kekeliruan dalam masyarakat.

Sebelum ini, Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah mengakui wujud gerakan ajaran sesat Millah Abraham di sebuah daerah di negeri berkenaan.

Susulan itu JAIPk akan bekerjasama dengan beberapa agensi lain termasuk polis bagi menangani gerakan ajaran sesat tersebut.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....