Home Nasional Perak hargai peranan golongan pemikir, intelektual
Nasional

Perak hargai peranan golongan pemikir, intelektual

Perak hargai peranan golongan pemikir, intelektual

Datuk Seri Saarani Mohamad

IPOH, 10 Oktober- Kerajaan Perak menghargai peranan besar yang dimainkan golongan pemikir dan intelektual dalam pembangunan negeri itu.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pandangan dan idea yang disumbangkan golongan itu menjadi dasar kerajaan negeri dalam merangka dan melaksanakan Pelan Perak Sejahtera 2030.

Perak Sejahtera 2030 meliputi pelan tindakan pembangunan fizikal dan ekonomi serta disokong atas landasan pemikiran strategik.

\”Pemikir Darul Ridzuan menyatukan ilmuan daripada pelbagai bidang yang mempunyai kepakaran dan pengalaman, melalui projek, kajian dan analisis yang berkaitan dengan perkembangan sosioekonomi negeri, termasuk isu-isu seperti kemiskinan, ekonomi digital, pendidikan, dan kesejahteraan rakyat.

\”Ia membantu kerajaan memahami senario semasa dan merangka polisi yang lebih berkesan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Jalinan Mesra Perak Sejahtera 2030: Stakeholders Appreciation And Networking Dinner dan Majlis Penutup Perak Sejahtera 2030 Summit X Pemikir Darul Ridzuan di sini.

Pada majlis berkenaan Saarani turut melancarkan tiga buah buku dalam Siri Penerbitan Perak Sejahtera 2030.

Buku-buku berkenaan adalah hasil penyelidikan mendalam yang akan menjadi sumber penting dalam memastikan pembangunan lebih tersusun dan berimpak tinggi.

Antara buku tersebut ialah \”Potensi dan Laluan Kerjaya TVET\”, \”Celik Tulis: Santuni Murid Orang Asli\”, dan \”Sisa Menjadi Sumber: Strategi Ekonomi Kitaran\”.

Related Articles

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor
Nasional

KKR lulus RM263 juta peruntukan untuk Johor

Datuk Seri Alexander Nanta Linggi bersama-sama Datuk Onn Hafiz Ghazi di Kementerian...

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari
Nasional

Permohonan UPUOnline kemasukan ke IPTA, MARA BPT dibuka bermula 10 Februari

Foto hiasan KUALA LUMPUR, 7 Februari- Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026...

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau
Nasional

MITI komited pacu integrasi ekonomi serantau

Mastura Ahmad MustafaKUALA LUMPUR, 7 Februari- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)...

Agong menjalani rawatan di luar negara
Nasional

Agong menjalani rawatan di luar negara

Foto Facebook Sultan Ibrahim KUALA LUMPUR, 7 Februari- Yang di-Pertuan Agong Sultan...