Home Nasional Penyertaan UK dalam CPTPP beri peluang tingkat perdagangan
Nasional

Penyertaan UK dalam CPTPP beri peluang tingkat perdagangan

Penyertaan UK dalam CPTPP beri peluang tingkat perdagangan

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim

LONDON, 16 Januari- Penyertaan United Kingdom (UK) ke dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) memberikan peluang dalam meningkatkan hubungan perdagangan antara Malaysia-UK.

Sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia juga mahu mempromosikan integrasi ekonomi serantau, menggunakan kejayaan syarikat seperti kumpulan YTL sebagai contoh terbaik kerjasama ASEAN-UK.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaburan syarikat perniagaan Malaysia di UK mencerminkan komitmen untuk memupuk perkongsian yang membawa pembangunan secara bersama sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi.

\”Kita telah berjaya menyertai CPTPP, sementara ia mengambil kira tanggungjawab politik yang serius antara UK dan Malaysia dalam memberikan fokus pembangunan ekonomi antara kedua-dua negara untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan,\” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Pelancaran Projek Brabazon New Town yang akan dilaksanakan di Bristol.

Projek tersebut merupakan projek bandar baharu lestari yang dibangunkan syarikat Kumpulan YTL di UK dengan nilai pelaburan £4 bilion (RM21.96 bilion) untuk tempoh lima tahun.

Daripada jumlah tersebut, £2 bilion akan dilaburkan dalam tempoh lima tahun akan datang di negara tersebut.

Majlis pelancaran tersebut turut dihadiri Menteri Pelaburan di Jabatan Perniagaan dan Perdagangan UK, Baroness Poppy Gustafsson serta Setiausaha Perniagaan dan Perdagangan UK, Jonathan Reynolds.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....