Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Penyertaan Malaysia dalam BRICS, langkah strategik perluas jaringan ekonomi
Nasional

Penyertaan Malaysia dalam BRICS, langkah strategik perluas jaringan ekonomi

Penyertaan Malaysia dalam BRICS, langkah strategik perluas jaringan ekonomi

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Penyertaan Malaysiadalam gabungan ekonomi BRICS, satu langkah strategik untuk memperluas jaringan kerjasama ekonomi terutama dari aspek perdagangan, pelaburan serta kepelbagaian pasaran.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia sentiasa meneroka pasaran-pasaran baharu agar mendapat manfaat perkembangan ekonomi global.

\”BRICS juga sebuah blok yang membentuk satu pasaran mega yang akan membuka peluang bagi diversifikasi pasaran dan sumber pelaburan asing baru kepada negara yang akan menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan.

\”Di samping mengimbangi kebergantungan kepada pasaran tradisional seperti Amerika Syarikat (AS) dan juga Eropah. Negara anggota BRICS juga merupakan antara pengeluar komoditi utama dunia seperti minyak mentah dan gas, arang batu, bijih besi aluminium, bijiran, tembaga, nikel dan emas, juga komoditi berhargaseperti platinum danpalladiumm,\” katanya.

Dalam pada itu,Malaysiasentiasa menumpukan usaha untuk mengeratkan kerjasama ekonomi dengan rakan dagang utama yang lain.

\”Dengan pendekatan yang strategik dan seimbang, Malaysiadapat mengoptimumkan matlamat penyertaan dalam BRICS di samping memastikan kestabilan dan kesinambungan hubungan perdagangan global dengan semua rakan ekonomi utamanegara,\” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Noraini Idris di Dewan Negara, di sini.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...