Saturday , 21 December 2024
Home Nasional Penyampai radio galas peranan suntik semangat kemerdekaan
Nasional

Penyampai radio galas peranan suntik semangat kemerdekaan

Penyampai radio galas peranan suntik semangat kemerdekaan

"Forum Merdeka: Peranan Penyampai Radio Dalam Memartabatkan Jiwa Merdeka” berlangsung di Universiti Malaya anjuran Akademi Pengajian Melayu dengan kerjasama Persatuan Veteran RTM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos– Penyampai radio perlu terus menggalas peranan bagi menyuntik semangat kemerdekaan.

Berkongsi pengalaman ketika “Forum Merdeka: Peranan Penyampai Radio Dalam Memartabatkan Jiwa Merdeka” sempena Sambutan Bulan Kebangsaan, beberapa tokoh radio menggesa agar penyampai komited mendidik pendengar berkaitan identiti bangsa merdeka.

Antara objektif forum ini adalah sebagai wadah perkongsian pengalaman tokoh penyampai radio tanah air, menghargai peranan radio dalam membentuk jati diri bangsa, serta membincangkan isu semasa dan hala tuju dunia penyiaran masa kini.

Forum ini menampilkan tokoh-tokoh Penyampai Radio RTM, iaitu Datuk Chuari Selamat, Datuk Habsah Hassan, Noramin Moshi Moshi dan dikendalikan oleh mantan penerbit dan DJ Radio Malaysia kawasan tengah, Lutfi Ismail.

\”Saya rasa sememangnya penyiar-penyiar radio memainkan peranan yang penting daripada zaman kita mengisi kemerdekaan lagi. Pada masa itu, banyak rancangan-rancangan yang diterbitkan yang merupakan rancangan-rancangan yang membina jiwa masyarakat untuk mengisi kemerdekaan.

\”Walaupun hanya dengan kata-kata, tetapi penyiar-penyiar memainkan peranan yang penting memujuk dan juga menggalakkan masyarakat turut serta dalam apa juga aktiviti yang berkaitan dengan mengisi kemerdekaan\”, kata bekas Penyampai RTM, Datuk Chuari Selamat.

\”Sebagai bekas kakitangan RTM, saya merasakan peranan yang boleh dimainkan oleh penyiar bukan saja RTM, tapi swasta untuk menyemarakkan semangat merdeka ini adalah besar. Demi kesejahteraan penyiar harus memainkan peranan mereka untuk menyebarkan persefahaman, persahabatan, nilai-nilai mulia, nilai-nilai murni dan indentiti bangsa Malaysia\”, ujar bekas Penyampai RTM, Datuk Habsah Hassan.

Penganjuran forum ini merupakan salah satu sumbangan Akademi Pengajian Melayu sebagai institusi akademik dalam menganjurkan pelbagai wacana ilmiah yang menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara.

Terdahulu, \”Forum Merdeka: Peranan Penyampai Radio Dalam Memartabatkan Jiwa Merdeka” berlangsung di Universiti Malaya anjuran Akademi Pengajian Melayu dengan kerjasama Persatuan Veteran RTM.

Related Articles

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah
Nasional

Amaran ribut petir, hujan lebat di Perak, Selangor dan Sabah

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Amaran ribut petir, hujan lebat...

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember
Nasional

Tol percuma sempena Krismas, 23 dan 24 Disember

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 21 Disember – Pemberian tol percuma akan kepada...

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa
Nasional

Teater: Platform utama angkat karya agung bangsa

FOTO BERNAMAMELAKA, 21 Disember – Pementasan teater kekal relevan sebagai medium utama...

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas
Nasional

Kes kemalangan di Sarawak meningkat, JPJ ambil langkah tegas

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibolah / Foto RTMKUCHING, 21 Disember –...