Home Nasional Penuntut Kolej Komuniti Arau maut, kereta dinaiki langgar pokok jati
Nasional

Penuntut Kolej Komuniti Arau maut, kereta dinaiki langgar pokok jati

Penuntut Kolej Komuniti Arau maut, kereta dinaiki langgar pokok jati

Foto: IPD Arau

KANGAR, 18 Ogos – Seorang penuntut Kolej Komuniti Arau maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas dan melanggar sebatang pokok jati di Jalan Kuala Perlis-Changlun dekat Arau, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau Supt Ahmad Mohsin Md Rodi berkata polis menerima maklumat pada 8.15 pagi mengenai kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dari arah Kuala Perlis menghala ke Kolej Komuniti Arau.

Beliau berkata siasatan awal mendapati penuntut lelaki kolej itu berumur 19 tahun yang memandu kereta dipercayai terlelap menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di bahagian kiri jalan.

Ahmad Mohsin berkata ekoran kemalangan itu, penuntut perempuan berusia 18 tahun yang merupakan penumpang hadapan kereta berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata pemandu dan seorang lagi penuntut perempuan berumur 18 tahun yang berada di bahagian tempat duduk belakang mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah Kangar.- BERNAMA

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....