Home Nasional Penunggang motosikal maut rempuh bahu jalan di Jambatan Tun Salahuddin
Nasional

Penunggang motosikal maut rempuh bahu jalan di Jambatan Tun Salahuddin

Penunggang motosikal maut rempuh bahu jalan di Jambatan Tun Salahuddin

FOTO IPD KUCHING

KUCHING, 12 April- Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jambatan Tun Salahuddin petang semalam selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh bahu jalan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Mohd Farhan Lee Abdullah, kejadian berlaku sekitar pukul 3 petang ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke pusat bandar dari arah Petra Jaya.

“Motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar bahu jalan. Mangsa yang berusia 22 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam satu kenyataan media pagi tadi.

Tambah beliau, kes kini disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Farhan turut menafikan dakwaan kematian dalam insiden pelanggaran kenderaan di bawah jejambat Satok yang berlaku petang Khamis lalu.

Beliau memaklumkan, sehingga kini kedua-dua individu yang terlibat masih belum tampil membuat laporan polis, meskipun telah menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan penyebaran maklumat tidak tepat mengenai kejadian berkenaan yang telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Related Articles

Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat
Nasional

Pemilihan PKR: Fahmi umum bertanding jawatan Majlis Pimpinan Pusat

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi FadzilKUALA LUMPUR, 13 April – Ketua Penerangan...

155 duta asing dijangka hadir ke Melaka sempena WTD & WTC
Nasional

155 duta asing dijangka hadir ke Melaka sempena WTD & WTC

Datuk Abdul Razak Abdul Rahman ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka DUN...

JPKKP Perlis aktif perkasa komuniti setempat
Nasional

JPKKP Perlis aktif perkasa komuniti setempat

Foto RTMKANGAR, 13 April – Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di...

Masyarakat perlu bersama tangani masalah sosial– Nancy Shukri
Nasional

Masyarakat perlu bersama tangani masalah sosial– Nancy Shukri

Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 Jalinan Kasih Syawal Pantai Damai anjuran Kejiranan...