Tuesday , 14 January 2025
Home Nasional Penunggang motosikal maut kes langgar lari
Nasional

Penunggang motosikal maut kes langgar lari

Penunggang motosikal maut kes langgar lari

Foto Hiasan

SEREMBAN, 29 September– Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan yang belum dapat dikenal pasti, dalam kejadian di kilometer 3.5 Jalan Tampin Gemas berhampiran Taman Sri Nova Utama, Tampin dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Amiruddien Sariman berkata lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Dash itu mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tampin pada pukul 8.15 pagi.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku pada 4.30 pagi semasa lelaki itu sedang dalam perjalanan dari arah Gemas menghala ke Tampin.

“Apabila sampai di tempat kejadian dia dilanggar sebuah kenderaan yang dipercayai datang dari arah sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amiruddien berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes itu diminta menghubungi Balai Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin (IPD) atau Insp Afiqah Aqwa Haslan di talian 06-4412502 atau Bilik Gerakan di 06-4431999 bagi membantu siasatan.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- BERNAMA

Related Articles

Malaysia,ASEAN telti potensi kerjasama dalam bidang nuklear
Nasional

Malaysia,ASEAN telti potensi kerjasama dalam bidang nuklear

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof / Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 14...

Anwar dijadual bertemu Presiden UAE, jadual padat hari terakhir lawatan kerja
Nasional

Anwar dijadual bertemu Presiden UAE, jadual padat hari terakhir lawatan kerja

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim ABU DHABI, 14 Januari- Jadual padat...

Sebuah rumah teres musnah dijilat api, lima lagi terjejas
Nasional

Sebuah rumah teres musnah dijilat api, lima lagi terjejas

Pasukan bomba sedang memadam kebakaran di Lorong Sim Kheng Hong Dua Kenyalang...

Fenomena air pasang besar bukan 'hiburan'
Nasional

Fenomena air pasang besar bukan 'hiburan'

Foto hiasn KUALA NERUS, 14 Januari- Orang ramai sekali lagi diingatkan tidak...