Home Nasional Penunggang motosikal maut dalam insiden langgar lari
Nasional

Penunggang motosikal maut dalam insiden langgar lari

Penunggang motosikal maut dalam insiden langgar lari

Keadaan kenderaan yang terbabit dalam kemalangan di Batu 8, Jalan Matang, Sarawak awal pagi tadi

PADAWAN, 28 Disember- Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dinaikinya terbabas selepas terlibat dalam nahas dengan sebuah kenderaan di Batu 8, Jalan Matang, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Penguasa Polis (SP) Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kejadian yang berlaku sekitar pukul 3.15 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 29 tahun terbabit meninggal dunia di lokasi kejadian.

\”Kemalangan maut ini melibatkan sebuah motosikal jenis Yamaha dan sebuah Toyota Camry,\” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Irwan, pemandu kereta terlibat telah melarikan diri dan meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian.

Sehubungan itu, pihak polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

\”Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Padawan, Insp Muhammad Azim di talian 011-36172665 atau 082-862233,\” katanya.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....