Home Nasional Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang
Nasional

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

Foto: JBPM Perak

IPOH, 28 Ogos – Seorang remaja lelaki cedera selepas motosikal ditunggangnya dihempap sebatang pokok yang tumbang di Tebuk Panchor Jalan Ban Pisang di Bagan Serai, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.55 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai ke lokasi kejadian.

Beliau berkata ketika kejadian, mangsa yang berusia 18 tahun sedang dalam perjalanan menghala ke Bukit Merah.

\”Mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian kepala dan belakang badan dihantar ke Hospital Taiping untuk menerima rawatan,\” katanya.

Sabarodzi berkata bomba memotong pokok yang tumbang itu dan operasi selesai sepenuhnya pada 12.38 tengah malam.- BERNAMA

Related Articles

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei
Nasional

Pelan Strategik AEC 2026-2030 dilancar pada Mei

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong/ BERNAMAKUALA LUMPUR, 12...

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai
Nasional

Prestasi kewangan KKDW, rekod RM259.97 juta keuntungan sebelum cukai

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Rubiah Wang KUALA LUMPUR,...

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas
Nasional

Lapan cedera, bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas

Bas ekspres bawa 40 penumpang terbabas awal pagi tadiREMBAU, 12 Mac –...

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs
Nasional

Tiada kes keracunan makanan di 11 Bazar Ramadan Perlis – JKNPs

Foto RTMKANGAR, 12 Mac – Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNPs) tidak menerima...