Home Nasional Penunggang maut motosikal bertembung lori
Nasional

Penunggang maut motosikal bertembung lori

Penunggang maut motosikal bertembung lori

Foto RTM

SUNGAI PETANI, 25 Julai-Seorang pemandu lori maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di kilometer 45 Jalan Alor Setar Butterworth berdekatan Sungai Toh Pawang di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Wan Azharuddin Wan Ismail menerusi kenyataan berkata mangsa, M.Mahavisunu 63 tahun cedera parah di kepala dan perut meninggal dunia di lokasi kejadian.

Katanya hasil siasatan dalam kejadian dilaporkan pukul 9.15 malam tadi itu, motosikal yang ditunggang mangsa didapati hilang kawalan dan masuk laluan bertentangan .

Sebuah lori dari arah Gurun ke Sungai Petani tidak sempat mengelak motosikal terbabit sebelum melanggar mangsa.

Mayat mangsa dihantar di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk bedah siasat.

Manakala pemandu lori , berusia 61 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat menurut Sekyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987.

Related Articles

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial
Nasional

Pemerkasaan bumiputera, tingkat mobiliti sosial

Datuk Seri Anwar IbrahimKUALA LUMPUR, 15 Mac- Kerajaan terus memberi fokus terhadap...

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015
Nasional

KDN lulus 19,627 permit masuk sejak 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Kementerian...

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar
Nasional

Manfaatkan pakar tempatan, elak kebergantungan pakar luar

Profesor Dr. Zafir Khan Mohamed MakhbulKUALA LUMPUR, 15 Mac- Organisasi dalam negara...

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut
Nasional

Program repatriasi migran dalam proses dilanjut

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution IsmailKULIM, 15 Mac – Jabatan...