Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Penubuhan NFOF kini fasa akhir pelaksanaan, dijangka selesai Oktober ini
Nasional

Penubuhan NFOF kini fasa akhir pelaksanaan, dijangka selesai Oktober ini

Penubuhan NFOF kini fasa akhir pelaksanaan, dijangka selesai Oktober ini

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR, 22 Julai – Penubuhan National Fund of Funds (NFOF) kini berada pada fasa akhir pelaksanaan dan dijangka selesai menjelang Oktober tahun ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata ia akan beroperasi dengan memperuntukkan aset di bawah pengurusan berjumlah RM1 billion.

Beliau berkata, NFOF bermatlamat menyediakan modal kepada syarikat pemula yang inovatif dan berpotensi tinggi melalui pelbagai pelaburan modal teroka.

\”NFOF akan melabur kepada pengurus-pengurus dana yang melabur dalam syarikat pemula yang inovatif dan berpotensi tinggi. Pelabur lain seperti syarikat berkaitan kerajaan, swasta atau individu juga boleh melabur dalam pengurus dana yang sama dan syarikat pemula yang sama,\” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Wira Dr Mohd Hatta Md Ramli di Dewan Negara, di sini.

Dewan turut diberitahu Khazanah Nasional akan menyumbang majoriti dari jumlah pendanaan sebanyak RM1 billion bagi penubuhan NFOF dalam meningkatkan inovasi pertumbuhan tinggi.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...