Home Nasional Penjawat awam P.Pinang, Labuan sambut baik pengumuman kenaikan gaji
Nasional

Penjawat awam P.Pinang, Labuan sambut baik pengumuman kenaikan gaji

Penjawat awam P.Pinang, Labuan sambut baik pengumuman kenaikan gaji

Penjawat awam (dari atas kiri) Nuraini Ahmad, Mohd Aizuddin Abd Rahman, Mohd \’Asri Abd Rahman (dari bawah kiri) Farahani Mohd Asli, Md Khairul Azad Yunus dan Tc Hadzri Harun

GEORGE TOWN, 16 Ogos- Pengumuman kerajaan hari ini terhadap pelaksanaan pemberian pelarasan gaji disambut baik penjawat awam di Pulau Pinang, sekali gusmenzahirkan terima kasih kepada Perdana Menteri.

\”Alhamdulillah dengan berita diumumkan pagi tadi. Kami sebagai penjawat awam semestinya amat bersemangat untuk meneruskan perkhidmatan dan menjadi lebih cekap serta produktiviti dalam menyampaikan perkhidmatan awam. Ini adalah penyunting semangat untuk kami lebih berdaya saing dengan sektor lain,\” kata Nuraini Ahmad, Pembantu Tadbir.

\”Terima kasih Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) atas pengumuman itu sedikit sebanyak dapat meningkatkan kadar produktiviti dan kecekapan perkhidmatan awam dalam kalangan kami. Terima kasih Perdana Menteri,\” kata Mohd Aizuddin Abd Rahman, Penolong Jurutera.

\”Pengumuman ini yang kami nanti-nantikan selama ini. Terima kasih Perdana Menteri,\” kata Mohd \’Asri AbdRahman, Pengawal Keselamatan.

Sementara itu, penjawat awam di Labuan turut senada menyatakan penghargaan atas kenaikan tersebut dan melahirkan rasa syukur serta komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada organisasi dan negara.

\”Diharapkan ia akan menyuntik semangat penjawat-penjawat awam bagi menjalankan kerja dan tanggungjawab yang telah diberikan dengan penuh semangat serta berintegriti,\” kata Farahani Mohd Asli.

\”Ini memang satu berita yang ditunggu-tunggu penjawat awam… ia khabar gembira. Saya sendiri selaku penjawat awam Insya-Allah akan lebih bersemangat untuk bertugas dan memberikan yang terbaik untuk jabatan dan kerajaan serta negara,\” kata Md Khairul Azad Yunus.

\”Saya wakil kepada semua penjawat awam mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri. Semoga dengan kenaikan ini kami dapat mempertingkat dan memperbaiki produktiviti kerja kami dari semasa ke semasa,\” kata Tc Hadzri Harun.

Terdahulu, Anwar mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 15 peratus untuk pegawai Kumpulan Pelaksana dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, manakala tujuh peratus kepada pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19 di Putrajaya hari ini.

Pemberian pelarasan gaji itu akan dilaksanakan secara berfasa iaitu pada 1 Disember 2024 bagi Fasa 1 dan Fasa 2 pada 1 Januari 2026.

BERITA BERKAITAN

  • \’Alhamdulillah, terima kasih banyak PM\’ – Penjawat Awam
  • Pelarasan gaji penjawat awam dilaksana secara berfasa
  • Pengumuman pelarasan gaji: Bakal lonjak kualiti perkhidmatan awam
  • Pelarasan gaji menuntut tanggungjawab tinggi – KSN
  • PM harap sektor swasta teliti semula skim gaji pekerja
  • Pelarasan gaji penjawat awam munasabah – Ahmad Zahid

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....