Home Nasional Penjawat awam Melaka terima Bantuan Khas Kewangan RM2,600
Nasional

Penjawat awam Melaka terima Bantuan Khas Kewangan RM2,600

Penjawat awam Melaka terima Bantuan Khas Kewangan RM2,600

FOTO FACEBOOK Ab Rauf Yusoh

AYER KEROH, 27 Disember- Seramai 5,231 penjawat awam Kerajaan Negeri Melaka akan menerima Bantuan Khas Kewangan berjumlah minimum RM2,600 yang akan dibayar dalam dua fasa.

Ketua Menterinya Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengumumkan bahawa bayaran pertama sebanyak RM1,600 akan disalurkan pada penghujung Disember ini, manakala bayaran kedua berupa bonus setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan diberikan pada Februari depan.

\”Apa yang boleh saya katakan, pemberian tahun ini lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya. Asalnya kami merancang untuk memberi RM1,200 tetapi akhirnya dapat menambah RM400 lagi.

\”Kepada semua penjawat awam, tahun depan ada lagi berita baik yang menanti. Kami akan memberi setengah bulan gaji dengan jumlah minimum RM1,000,\” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Seri Negeri di sini hari ini.

Inisiatif Bantuan Khas Kewangan berkenaan merupakan sebahagian daripada agenda kerajaan negeri dalam memacu perkhidmatan awam yang cekap dan berintegriti.

Ia membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM7.5 juta membabitkan 5,231 penjawat awam negeri.

BERITA BERKAITAN

  • Melaka bentang Belanjawan 2025 berjumlah RM585.7 juta

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....