Home Nasional Penjawat awam Langkawi hargai kenaikan gaji, PM titip pesanan
Nasional

Penjawat awam Langkawi hargai kenaikan gaji, PM titip pesanan

Penjawat awam Langkawi hargai kenaikan gaji, PM titip pesanan

FOTO FACEBOOK Anwar Ibrahim

LANGKAWI, 27 Disember- Penjawat awam di sini dekat Kedah menzahirkan penghargaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kenaikan gaji baru-baru ini.

\”Alhamdulillah, (saya) turut ketemu penjawat awam di sini yang menzahirkan penghargaan atas kenaikan gaji baru-baru ini. Saya titipkan pesanan untuk kita terus tingkatkan prestasi dan kualiti perkhidmatan kepada rakyat,\” ujar Anwar menerusi Facebooknya hari ini.

Kunjungan Perdana Menteri ke sini bermula dengan makan tengah hari di gerai Kak Yan Nasi Campur sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Hana di Kuah.

\”Sempat bertanya khabar dan mendengar sendiri pandangan serta permasalahan daripada penduduk setempat,\” tambahnya.

Usai solat Jumaat, beliau bertemu dengan penduduk dan para pelajar untuk bertanyakan keadaan kemudahan asas serta infrastruktur di sekolah seperti tandas dan bilik darjah, selain keselesaan guru dan murid.

\”Segala pandangan, aduan dan permasalahan yang dibangkitkan oleh penduduk Langkawi akan saya teliti secara terperinci, insya-Allah,\” ujar Perdana Menteri.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....