Home Nasional Penjawat awam disaran beri perkhidmatan terbaik
Nasional

Penjawat awam disaran beri perkhidmatan terbaik

Penjawat awam disaran beri perkhidmatan terbaik

Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar

KUALA LUMPUR, 3 Disember- Penjawat awam diingatkan supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik tanpa mengira status individu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, golongan itu juga perlu melaksanakan tugas berlandaskan nilai M.A.L.A.Y.S.I.A, iaitu Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif.

\”Kita berkhidmat, jangan pula memberikan khidmat disebabkan pangkat dan gelaran. Tetapi sekiranya orang kebanyakan seperti pemdau lori atau p-hailing, mereka tidak diberikan layanan sepatutnya.

\”Tidak, ia tidak boleh berlaku. Jadi kerajaan hari ini bawah pembahruan ini, semuanya perlu memberi layanan yang sama tanpa mengira pangkat. Berikan khidmat terbaik dalam melakukan tugas,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Program Santai Ketua Setiausaha Negara bersama Media di ibu negara.

Dalam pada itu beliau juga mahu penjawat awam berbangga dengan tugas mereka dengan berkhidmat untuk rakyat dan kerajaan.

Program berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha Kewangan dan Pembangunan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Halim Hamzah, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Khairus Masnan Abdul Khalid serta Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Shukor Mahmood.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....