Home Nasional Penipuan, buli siber dan penularan berita palsu dalam talian perlu dibendung
Nasional

Penipuan, buli siber dan penularan berita palsu dalam talian perlu dibendung

Penipuan, buli siber dan penularan berita palsu dalam talian perlu dibendung

Foto hiasan

CYBERJAYA, 21 Julai- Semua platform media sosial harus bertanggungjawab bendung penipuan (scam), buli siber dan penularan berita palsu susulan isu berkenaan dilihat semakin berleluasa tegas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Perkara itu juga bagi menyambut titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang mengingatkan rakyat supaya tidak menjadikan media sosial sebagai platform untuk berbalah dan membuka aib bagi mengelakkan perpecahan dan persengketaan.

Pada masa sama Fahmi turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan maklumat palsu yang digembar-gemburkan pihak tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik.

\”Kerajaan memandang serius perkara ini dan bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menangani isu buli siber di negara ini.

\”Jawatankuasa tersebut melibatkan KementerianKomunikasi, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Digital dan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi),\” katanya dalam Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini.

Selain itu, seramai 2,000 peserta telah menyertai Permukiman Komuniti MADANI yang telah berlangsung pada sesi pagi sebelum majlis pelancaran.

Majlis turut dimeriahkan dengan penganjuran KarnivalKita MADANI X HKHM yang merangkumi aktiviti pameran perkhidmatan dan keusahawanan, kerjaya, pendidikan, kesihatan, persembahan patriotik, seni budaya, hiburan dan aktiviti interaktif kenegaraan.

Karnival tersebut diterajui oleh Kementerian Komunikasi melalui JAPEN, dengan kerjasama strategik daripada pelbagai agensi kerajaan, syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan bukan kerajaan (NGO).

Dalam pada itu, berkenaan satu hantaran RTM yang dimuatnaik menerusi Facebook iaadalah terjemahan secara automatik daripada sistem Facebook.

Fahmi dalam ucapannya turut kesal berikutan stesen televisyen milik kerajaan RTM menjadi mangsa perkongsian berita palsu menerusi platform media sosial.

\”Sebelum saya marah Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman, saya semak dahulu. Perkataan berkenaan diterjemah secara automatik oleh google di Facebook pengguna… ianya salah Meta,\” kata Fahmi.

Bagaimanapun Komuniti MADANI memainkan peranan besar dalam membantu seluruh jentera kerajaan menyampaikan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....