Home Nasional Peningkatan STR ringankan kos sara hidup golongan bujang
Nasional

Peningkatan STR ringankan kos sara hidup golongan bujang

Peningkatan STR ringankan kos sara hidup golongan bujang

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 19 Oktober-Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima kategori bujang memberi sedikit kelegaan kepada golongan itu dalam mengurus perbelanjaan harian sertapengajian di institut pengajian tinggi.

Seorang pekerja sektor swasta, Azureen Zainal mengakui peningkatan jumlah sumbangan STR buat golongan bujang, sedikit sebanyak membantunya dalam menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

\”Dengan peningkatan bantuan yang diberikan kepada RM600 ini, sangat membantu terutamanya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran pada masa akan datang, jadi sedikit sebanyak ini akan membantu,\” katanya kepada pemberita RTM.

Sementara itu, Adib Faris berterima kasih dengan bantuan STR khusus buat golongan bujang.

\”Bagi saya bantuan ini sedikit sebanyak membantu saya sebagai seorang yang bujang dalam perbelanjaan saya membeli barang keperluan, servis motor contohnya, walaupun tidak merangkumi semua bajet yang saya perlukan, tetapi ia membantu meringankan beban perbelanjaan saya,\” katanya.

Sementara itu pekerja sambilan Iqmal Hisham berkata, bantuan tersebut amat membantunya dalam menampung kos perbelanjaan harian.

\”Sebagai orang bujang seperti saya yang melakukan banyak pekerjaan setiap hari, saya percaya ia (bantuan STR) mampu menampung perbelanjaan kos sara hidup saya yang semakin meningkat setiap hari,\” katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan STR kategori bujang dinaikkan kepada RM600 menerusi Belanjawan 2025, berbanding RM500 tahun ini.

Secara keseluruhan, pemberian STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tahun depan ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelumnya, yang merupakan peningkatan tertinggi, memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau 60 peratus penduduk dewasa negara.

Sembilan juta penerima iaitu 60 peratus penduduk dewasa negara menerima manfaat tersebut, sekali gus membolehkan kadar maksimum yang diterima isi rumah meningkat kepada RM4,600 berbanding RM3,700.

Related Articles

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal
Nasional

Angka penduduk terjejas banjir di Sarawak, Sabah kekal

Foto BERNAMAKUALA LUMPUR, 9 Februari-Seramai 2,464 orang daripada 763 keluarga terjejas banjir...

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan
Nasional

Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi pembelian alat, aktiviti sukan

Foto FB Hannah YeohKUALA LUMPUR, 9 Februari- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 ditawarkan...

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan
Nasional

50 murid kurang berkemampuan terima sumbangan persekolahan

Datuk Ameer Ali MydinSUBANG JAYA, 8 Februari- Seramai 50 murid daripada keluarga...

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000
Nasional

76 keluarga mangsa ribut terima Bantuan Wang Ihsan RM1,000

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha MustafaSEGAMAT, 8 Februari...