Home Nasional Pengundi diminta bijak buat pilihan, jangan terpedaya janji kosong – Zahid
Nasional

Pengundi diminta bijak buat pilihan, jangan terpedaya janji kosong – Zahid

Pengundi diminta bijak buat pilihan, jangan terpedaya janji kosong – Zahid

Foto FB Menteri

GUA MUSANG, 15 Ogos– Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi minta Pengundi di Nenggiri tidak terpedaya dengan janji pihak lawan.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menjelaskan bahawa ia kerana masalah sedia ada seperti bekalan air bersih gagal diselesaikan sehingga kini.

Wakil rakyat yang sealiran dengan kerajaan MADANI diyakini mampu membawa suara dan memenuhi keperluan penduduk di Nenggiri.

\”Individu yang boleh menyuarakan kehendak-kehendak Orang Asli ataupun peserta KESEDAR dan lain-lain adalah wakil rakyat yang mempunyai hubungan dengan kita.\”

\”Oleh yang demikian, saya ingin memberitahu orang Nenggiri, insya-Allah apabila Awie (Mohd Azmawi Fikri) menang, Awie akan berkhidmat dengan baik,\” kata Zahid ketika berucap pada Majlis Temu Mata Bersama Masyarakat Meranto, di Pejabat Operasi KESEDAR Meranto.

Dalam pada itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berpuas hati dengan kesungguhan jentera sepanjang tempoh kempen.

\”Saya rasa terdapat kelainan daripada segi kesungguhan dan komitmen rakan-rakan di Kelantan, Gua Musang khususnya. Ia termasuk juga dengan dan negeri lain yang terlalu banyak pengalaman dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Pilihan Raya Negeri (PRN) atau Pilihan Raya Umum (PRU).\”

\”Kini mereka berkampung di sini termasuk Setiausaha Agong BN serta seluruh kepimpinan peringkat pusat. Saya ucap terima kasih. Setakat ini berpuas hatidengan sumbangan dan kerja keras mereka,\” tambah Zahid.

PRK DUN Nenggiri Sabtu ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan Mohd Rizwadi Ismail daripada PAS.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....