Home Nasional Pengoperasian semula Pasar Malam Kangar, mengamit memori
Nasional

Pengoperasian semula Pasar Malam Kangar, mengamit memori

Pengoperasian semula Pasar Malam Kangar, mengamit memori

Foto RTM

KANGAR, 7 November – Nostalgia Pasar Malam Kangar yang dibuka sejak tahun 1980-an sebelum ditutup pada 1998 kini kembali mengamit memori para peniaga dan penduduk setempat.

Ini selepas 26 tahun ditutup, Majlis Perbandaran Kangar (MPK) mengambil inisiatif membuka kembali pasar malam itu di lokasi asal bermula sejak semalam dalam usaha meningkatkan sosioekonomi peniaga tempatan.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kangar Affendi Rajini Khan, pembukaan semula Pasar Malam Kangar dibuat hasil penelitian, perancangan dan kesepakatan bersama-sama peniaga, ahli Majlis Perbandaran Kangar dan Kerajaan Negeri Perlis sejak tiga bulan lalu.

\”Buat permulaan, Pasar Malam Kangar menyediakan 120 lot niaga melibatkan perniagaan barangan basah, barangan kering dan barangan siap masak serta minuman pelbagai jenis menjadi tumpuan penduduk sekitar Kangar.

\”Terletak ditengah-tengah bandar Kangar, pengoperasian semula Pasar Malam Kangar dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk ruang solat, tandas awam, kemudahan pengangkutan dan sistem pencahayaan,\” kata Affendi.

Beliau memaklumkannya ketika mengadakan Walkabout Pembukaan Semula Pasar Malam Kangar di Tapak Pasar Lama Kangar bersama Exco Kerajaan Tempatan, Asrul Aimran Abd Jalil dan ahli Majlis Perbandaran Kangar.

Berikutan sambutan menggalakkan daripada penduduk, pasar malam tersebut yang kini beroperasi setiap Rabu akan beroperasi dua kali seminggu dalam tempoh terdekat bergantung sambutan dan kesediaan peniaga.

Majlis Perbandaran Kangar hingga kini menguruskan sebanyak 10 pasar malam utama seluruh negeri Perlis.

Related Articles

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar
Nasional

UPSI lancar terjemahan pertama buku kepimpinan aktiviti luar

Profesor Madya Dr Mazuki Mohd Yassim (kiri) menyampaikan buku Kepimpinan Berkesan Dalam...

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19
Nasional

Trump arah henti kajian didakwa punca COVID-19

Donald Trump pada sesi menandatangani perintah eksekutif baharu semalam menamatkan pembiayaan persekutuan...

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah
Nasional

JKPD Kedah seru pemantauan rapi elak penyeludupan dadah

Pengerusi Jawatankuasa Rawatan dan Pemulihan Dadah (JKPD) Negeri Kedah, Dr. Zaki Zamani...

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025
Nasional

Roti canai terbang Pokok Sena gegar Japan Expo 2025

Aksi lincah Muhammad Muiz Ruzaini mendapat tepukan gemuruh pengunjung Japan Expo 2025....