Home Nasional Penglibatan koperasi dalam sektor pelancongan, jumlah akan dipertingkat
Nasional

Penglibatan koperasi dalam sektor pelancongan, jumlah akan dipertingkat

Penglibatan koperasi dalam sektor pelancongan, jumlah akan dipertingkat

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick

KUALA LUMPUR, 15 Julai – Sebanyak 233 koperasi terlibat secara khusus dalam sektor pelancongan sehingga 31 Disember tahun lepas.

Ini meliputi 39 aktiviti antaranya hotel dan inap desa, penjagaan diri dan kesihatan selain kraftangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick berkata pelbagai usaha giat dilaksana KUSKOP untuk meningkatkan penglibatan koperasi dalam sektor tersebut.

Beliau berkata, ia antara lain bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

\”Sebahagian strategi antaranya program jejak baharu dilancar pada Mei lepas di inap desa Sepang. Ini adalah pendekatan baharu bermula dengan pemberian insentif bagi membolehkan produk dan perkhidmatan koperasi diketahui orang ramai.

\”Semoga tahun hadapan dapat disediakan peruntukan untuk bantu infrastruktur pelancongan di kawasan yang diusahakan koperasi pelancongan,\” katanya.

Beliau menjawab soalan Wakil Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, di sini.

Tambah Ewon, geran dan pembiayaan khas turut disediakan untuk membantu koperasi mengembangkan aktiviti perniagaan di sektor pelancongan.

KUSKOP bersama Kementerian Pelancongan (MOTAC) juga saling bekerjasama untuk bangunkan kawasan pelancongan yang diuruskan koperasi.

Related Articles

Banjir di Johor pulih sepenuhnya
Nasional

Banjir di Johor pulih sepenuhnya

FOTO FAIL KOTA TINGGI, 6 Februari – Tiga buah pusat pemindahan sementara...

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub
Nasional

UM kembalikan senyuman suku kaum Semai di Raub

Foto UMKUALA LUMPUR, 6 Februari – Seramai 500 penduduk Orang Asli di...

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari
Nasional

Isu sewa helikopter RM16.6 bilion akan dijawab 20 Februari

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin KUALA LUMPUR, 6 Februari –...

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Nasional

Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini

FOTO FAIL KUALA LUMPUR, 6 Februari – Objektif Kepengerusian ASEAN, langkah menangani...