Home Nasional Pengendali bangunkan rangkaian 5G kedua akan diumum
Nasional

Pengendali bangunkan rangkaian 5G kedua akan diumum

Pengendali bangunkan rangkaian 5G kedua akan diumum

Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 3 September- Pengendali yang terlibat rangkaian 5G kedua kini dalam fasa terakhir sebelum diumumkan beberapa minggu lagi.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, perkara itu dalam fasa minggu terakhir sebelum Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memuktamadkan penelitian itu.

Beberapa prinsip juga telah diketengahkan serta dipersetujui oleh semua syarikat telekomunikasi sebelum memiliki pegangan saham dalam Digital Nasional Bhd (DNB).

\”Pertama DNB sendiri perlu mampan, kedua perkhidmatan diberikan oleh rangkaian kedua tidak seharus lebih mahal daripada yang disediakan oleh DNB. Ketiga, mutu perkhidmatan juga mesti sebaik yang disediakan DNB.

\”Kita jangka dalam masa mungkin beberapa minggu ini satu pengumuman dapat dibuat untuk mengumumkan siapakah yang akan terlibat dalam membangunkan rangkaian 5G kedua,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Kempen CIMB Bank Bhd \’Kita Bagi Jadi\’ di ibu negara.

Pada 15 Ogos lepas, Fahmi berkata empat pengendali rangkaian mudah alih (MNO) telah mengemukakan bidaan masing-masing kepada MCMC untuk mengambil bahagian dalam rangkaian 5G kedua.

Fahmi berkata MNO itu adalah CelcomDigi Bhd, Maxis Bhd, Telekom Malaysia Bhd dan U Mobile Sdn Bhd.

Related Articles

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%
Nasional

Jumlah penerima i-Suri 2024 meningkat 77%

Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah AzizanKUALA LUMPUR, 13 Mac- Jumlah penerima...

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial
Nasional

MCMC, KKM bekerjasama tangani ketagihan media sosial

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching / Foto BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac...

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang
Nasional

Cermin mata percuma untuk pelajar B40 Pulau Pinang

FOTO RTMBATU MAUNG, 13 Mac- Pelajar sekolah daripada keluarga B40 di Pulau...

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini
Nasional

RUU Pekerja Gig dijangka dibentang Jun ini

Foto Hiasan / BernamaKUALA LUMPUR, 13 Mac – Kementerian Sumber Manusia (Kesuma)...