Thursday , 6 February 2025
Home Nasional Pengendali aplikasi komunikasi perlu bertanggungjawab, elak jenayah dalam talian
Nasional

Pengendali aplikasi komunikasi perlu bertanggungjawab, elak jenayah dalam talian

Pengendali aplikasi komunikasi perlu bertanggungjawab, elak jenayah dalam talian

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil

BANGSAR, 23 Julai– Penyedia perkhidmatan pemesejan dalam talian khususnya WhatsApp dan Telegram, digesa memainkan peranan untuk membanteras sebarang penyalahgunaan dan kegiatan jenayah di platform masing-masing.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, ia bagi memastikan ruang penggunaan platform komunikasi yang lebih selamat kepada semua pengguna terutama kanak-kanak.

Beliau menyerahkan kuasa kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) untuk mengambil tindakan terhadap pelaku yang memuatnaik video pornografi serta menjalankan aktiviti penipuan, jenayah dan tidak bermoral menerusi mana-mana aplikasi dalam talian.

\”Platform-platform ini perlu lebih bertanggungjawab dan sekiranya mereka enggan mengambil tanggungjawab yang lebih besar memastikan platform-platform mereka bebas daripada elemen-elemen jenayah… kita perlu pastikan mereka akur dengan undang-undang dalam negara kita.

\”Jadi perkara ini sedang dalam pertimbangan pihak MCMC, saya serahkan kepada mereka untuk ambil apa-apa tindakan yang mereka rasakan wajar dan perlu untuk menjamin, memastikan internet itu lebih selamat untuk kanak-kanak dan keluarga\”, katanya selepas melancarkan Inisiatif Sekolah Digital Bersama U-Mobile, di ibu negara.

Inisiatif itu adalah platform pembayaran digital yang menyediakan ekosistem tanpa tunai untuk sekolah-sekolah kerajaan.

Dalam pada itu, empat buah sekolah dipilih melaksanakan Projek Rintis Ekosistem Tanpa Tunai Untuk Sekolah-Sekolah Kerajaan.

Sebagai permulaan, ia melibatkan sekolah kerajaan di bawah Jabatan Pendidikan Daerah Bangsar-Pudu, Kuala Lumpur.

Fahmi berkata, inisiatif itu bertujuan meningkatkan tahap celik kewangan dan pengurusan wang pintar menerusi platform pembayaran digital.

\’Niat dan hasratnya ialah untuk mengguna pakai teknologi digital untuk membantu para pelajar \’go cashless\’ di sekolah. Bermaksud mereka boleh pergi ke kantin untuk membeli makanan dan ibu bapa boleh memberi memasukkan sejumlah nilai untuk perbelanjaan harian anak-anak.

\”Ibu bapa juga secara masa nyata atau \’real time\’ boleh melihat apakah yang telah dibelanjakan oleh anak-anak mereka\”, katanya.

Related Articles

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang
Nasional

Banjir: Sarawak rekod 5,845 penduduk terjejas, Sabah 175 orang

Foto APM SarawakKUALA LUMPUR, 5 Februari– Jumlah penduduk terjejas banjir di dua...

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat
Nasional

Rumah dihempap tanah runtuh di Tatau, empat keluarga selamat

Foto Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) TatauTATAU, 5 Februari – Empat keluarga...

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah
Nasional

Amaran hujan berterusan di Sarawak dan Sabah

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 5 Februari – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan...

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu
Nasional

Remaja perempuan maut digilis bas di Kuala Terengganu

FOTO FAIL KUALA TERENGGANU, 5 Februari – Seorang remaja perempuan maut selepas...